Tuesday, 30 April 2013

Real Madrid Kecundang

Assalamualaikum w.b.t

Pada pagi tadi, 1 Mei 2013, pada jam 2.45 pagi,
pusingan kedua separuh akhir antara Real Madrid VS Borussia Dortmund telah berlangsung,
iaitu untuk Uefa Champion League, 
pada pusingan pertama dahulu, BVB telah mengalahkan Real Madrid dengan jaringan 4-1,
oleh itu, Real Madrid memerlukan sekurang-kurangnya 3 gol untuk layak ke final,

namun, malangnya, Real Madrid hanya berkesempatan untuk menyumbat 2 gol,
itu pun hanya selepas minit ke- 80,
gol pertama pagi ini dijaringkan oleh Karim Benzema hasil rembatan kencang di tengah palang,
dan gol kedua dijaringkan oleh Sergio Ramos, yang kencang meluru ke bahagian atas palang...
namun, Real Madrid gagal menyumbat gol ke-3 lantas terpaksa melupakan impian untuk ke Final..

Jom kita tengok sikit highlight gol Real Madrid pagi ini...


Takpa, biarpun kalah, sokongan terhadap Real Madrid masih utuh..hehe
siapakah agaknya lawan BVB di final,
Barcelona atau Bayern Munich?

Tu saja entry untuk kali ini,

Assalamualaikum w.b.t

HALA MADRID!!

P/S: IM REAL MADRID FANS

Mengapa Takut Hudud?

Assalamualaikum w.b.t,
salam sejahtera...

Hari ni Syn nak sentuh sikit bab hudud,
seperti mana yang kita tahu, PAS cuba untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia,
yang mana sebelum ini ditentang keras oleh pemimpin-pemimpin UMNO...
Oke, di sini Syn ada cerita sikit apa itu hudud,
silakan membaca :)


Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.


 Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.


 Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)



Bawah ni ada komen-komen masyarakat Cina tentang hudud,
Komen-komen ni Syn ambil daripada facebook,
Syn print screen kan je semua tu,
ni semua adalah beberapa pandangan masyarakat Cina bukan Islam mengenai hudud,
seharusnya kita malu, sebagai Melayu Islam, tetapi ada yang menolak hudud,
sesungguhnya hukum yang dibuat Allah itu amatlah baik...
semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat..




Sekian saja entry untuk kali ini...

Sekian, terima kasih....

Assalamualaikum w.b.t

p/s: ALLAHUAKBAR
tolong klik link-link kat bawah ni boleh tak, tolong Syn ok..

Sunday, 28 April 2013

Orang Selangor Sayang Tan Sri Khalid Ibrahim

Assalamualaikum w.b.t,
salam sejahtera,

hari ni syn nak cakap sikit pasal PRU13,
actually nak post gambar komen2 org selangor mengenai masalah air di selangor,
kerana puak2 fitnah BN selalu sangat kutuk selangor,
tapi, daripada respon orang selangor, tak ada pulak masalah seperti yg diberitahu TV,
so, sama2 lah kita fikir, perangai BN yang tak habis dengan fitnah,
sesapa orang selangor yg nak komen, sila komen di bawah,
nak bangkang ke, setuju ke, tak kisah, saja nak tgk respon...





Semua komen ni syn ambil di page Malaysia Talk di facebook,
semua komen ni xda yg skip, mmg smua sokong selangor...
Post kt Malaysia Talk tu telah menghina MB Selangor,
dan akhirnya, beliau dibela dan disokong oleh orang selangor sendiri...

INIKALILAH, KITA UBAH...!!
REFORMASI!!!

TOLAK UMNO/BN!!!

sekian saja untuk kali ini,
syn meminta maaf jika ada menyinggung mana2 pihak..

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera...

Friday, 26 April 2013

Nik Aziz Huru-Harakan Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t,
salam sejahtera kpd semua pembaca2 blog syn ni..

tadi siang, 26 April 2013,
Putrajaya telah dihuru-harakan oleh seorang ulama yang dianggap sesat,
Nak tahu siapa?

Beliau ialah TUAN GURU NIK AZIZ, menteri besar Kelantan,
yang juga merupakan Mursyidul AM PAS...
orang yg dituduh sesat? mendapat penghormatan yg amat tinggi di sisi rakyat?
Semoga Allah terus merahmati Tuan Guru drpd fitnah2...

Tadi, selepas solat jumaat, semua jemaah tidak meninggalkan masjid Sultan Mizan, Putrajaya,
malah mengerumuni seorang ulama tersohor tanah air, TGNA,
Dengar kata semua warga Putrajaya tidak mengalukan PAS di situ?
tapi, hairannya, kehadiran Tuan Guru disambut bagaikan seorang sultan..
Hmm,, ini kah petanda Tuan Guru akan menjadi imam di Putrajaya selalu?
kihkih, jawapannya, tunggulah selepas 5Mei nanti oke...

Di sini ada sedikit video.. :)



Di sini ada sedikit gambar-gambar tentang kedatangan Tuan Guru..







Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam...
INIKALILAH, ALLAHUAKBAR!!!

Assalamualaikum w.b.t





Thursday, 25 April 2013

Iron Man 3, 26 April 2013

Assalamualaikum w.b.t,
Selamat sejahtera,


Aha, hari ni 26 april 2013, 
jeng jeng jeng, nak tahu apa?
hari ni, IRON MAN 3 keluar,
wajib tengok nih, superrr ar,
syb baru tengok je td....
memang superb lah, in 3D, tengok kat MBO Kulim,
tak tahu nk ckp macam mana, mmg awesome,
grafik dan sound mmg style, jalan crita superb...
dan bnyk juga yang lawak2...


jom kita usha sikit trailer Iron Man 3 nih,
sebelum nak terjah panggung wayang jap gi..


Trailer Iron Man 3 yang superb
Robert Downer Jr., Gwyneth Paltrow, Jon Favreau dan Don Cheadle
merupakan pelakon asal yang akan kembali memegang watak-watak utama dalam filem ini...


jom kita usha sinopsis Iron Man 3 nih,
mcm best jer kan...(sory, dalam english je)



Marvel’s “Iron Man 3” pits brash-but-brilliant industrialist Tony Stark/Iron Man against an enemy whose reach knows no bounds. When Stark finds his personal world destroyed at his enemy's hands, he embarks on a harrowing quest to find those responsible. This journey, at every turn, will test his mettle. With his back against the wall, Stark is left to survive by his own devices, relying on his ingenuity and instincts to protect those closest to him. As he fights his way back, Stark discovers the answer to the question that has secretly haunted him: does the man make the suit or does the suit make the man?

Antara info mengenai Iron Man 3 ni:
Release Date: 26 Apr 2013
Language:English
Subtitle: Chinese / Malay
Genre:Action / Adventure
Running Time: 131 minutes
Director:Sean Black
Cast:Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Guy Pearce, Rebecca Hall, Stephanie Szostak, James Badge Dale with Jon Favreau and Ben Kingsley



Sekian saja untuk kali ni,
selamat menonton ok..

Assalamualaikum w.b.t,

selamat sejahtera :)

Buat Duit Dengan 8Share

Assalamualaikum,
salam sejahtera...



Oke, hari ni syn nak share pulak cara-cara nak buat duit dengan 8Share,
hari tu dah share dah kan cara-cara nak buat duit dengan blin.gd,
kalau x baca lagi, klik kat bawah ni,
Buat Duit Denagn BLIN.GD

macam biasa, first step korang kena daftar dulu,
untuk daftar, klik link ni --> http://bit.ly/17DJ7R1

lepas tu daftar lah mcm biasa,
then, cara-cara nak jana income, korang share SPECIALS,
dekat situ dia kana bagitaw berapa limit income, berapa tempoh masa,
share je kat mana2, FB, twitter, blog pon boleh,
kalau nak link, bila korang tekan share kat FB atau twitter,
dia akan kasi link pendek, contoh mcm ni --> http://bit.ly/13x40Zt
so, korang boleh copy link tu, dan paste kan kat mana saja korang suka...

hah, mcm mana nak taw berapa banyak duit yg masuk?
pergi kat DASHBOARD, kat situ dia akan bagitaw,
kalau nak cash out, minimum mesti RM50...

Cara Cash Out?
klik dekat cash out, lepastu tu dia akan suruh kita masukkan detail2,
then dia akan bank in kat kita, mudah je kan?
so, selamat menjana income dengan 8share, mudah dan berkesan...

alang2 dah sampai sini, tolong klik link 8share syn ok...


http://bit.ly/13x40Zt

http://bit.ly/13vMrJ1


Assalamualaikum :)
salam sejahtera...

Buat duit dengan BLIN.GD

Assalamualaikum semua,
selamat sejahtera.. :)


Hari ni syn nak kongsi macam mana nak buat duit secara online,
ala, benda ni bukan MLM ke apa, tp buat duit secara share iklan,
iaitu dengan BLIN.GD...
cara nya mudah saja...korang klik link di bwh ni

http://blin.gd/4lwj


kemudian, daftar di situ..boleh guna FB, Twitter, atau email..
bagaimana nak dpt duit?
korang akan dapat duit apabila korang share kan iklan2 di situ,
kemudian, setiap org yg klik akan dibayar kpd korang,
biasanya RM0.20 per klik.. sikit je, tp? lama-lama jd bukit...

caranya mudah saja, bila korang dah daftar di link yg syn bg td,
dan lengkapkan semua yg diminta, dia akan minta isi bank dan sebagainya,
kemudian, pergi ke HOME, akan keluar iklan2, di situ dia ada button SHARE,
klik kan button SHARE itu, lepas tu dia akan kasi share on FB, dan link..
ikut suka lah, korang boleh share kan di mana saja, 
FB, twitter, group, blog... :) 
akan ada tempoh masa utk setiap share, dan had wang yg akan dpt...
contohnya, ada iklan maksimum korang boleh dapat RM6, ada yang RM10..
rasanya, sampai situ je kot utk kali ni..
moga korang dpt jana income sendiri..skit2, lama bnyk lah..kihkih


Assalamualaikum,
salam sejahtera.. :)

BERJAYA!!

Assalamualaikum,
salam sejahtera...

Hari ini, Jumaat, 26 april 2013, 05:35,
syn berjaya buat satu blog baru, blog lama utk personal je,
in sha Allah, blog ni syn akan update tentang info-info terkini dan menarik,
supaya dpt dijadikan bahan bacaan yg menarik buat semua ok :)
tu je lah nak tulis post pertama ni, dah nak subuh..
bubye :)





Assalamualaikum :)