Thursday, 23 May 2013

Baju Suara Rakyat

Assalamualaikum w.b.t

Pre-order untuk baju Suara Rakyat kini dibuka,
kami tunggu sehingga order mencecah 30 order,
baru kami akan konfem kan progress...
sebab sikit nanti jd mahal...

PRICE: RM35 including postage


siapa yang nak buat pre-order,
sila hubungi FB saya,
atau anda boleh komen di entry ini....
sizing nanti Syn akan update...



Langit Bebas Masih Dinanti

Assalamualaikum w.b.t
Aha, Syn ada satu puisi hari ini,
khas untuk pejuang kita yang ditahan...



LANGIT BEBAS MASIH DINANTI

hari ini,
langit bebas dicanang,
tapi merpati tidak juga dapat terbang,
suara kini umpama ledakan di Hiroshima,
itu yang kita dengar di corong media.

entah mengapa,
daku merasa langit ini bagai dicengkam awan hitam,
hendak ku terbang namun ajal datang menikam,
lantang keramat kini mula menggoyah,
palang besi mula dibuka untuk menutup segala durja.

harus kita cerahkan langit ini,
harus kita ubah kerusi mahligai diktator hari ini,
jangan dikau biarkan air mata penyesalan mengalir umpama sungai suci,
namun tetap tiada ertinya nanti.

sinar mata kepalsuan itu menutup mata hati,
suara rakyat kini mula dinafi,
palang besi kini menjadi destinasi,
pabila dibebas mencari ganti.

kini bukan hanya anak Melayu gagah perkasa,
anak Cina juga menitis keringat demi bangsa,
bersatu padu kesemua anak bangsa,
demi Malaysia negara yang tercinta.

masih adakah perwira yang akan bangkit?
atau takut dan gentar mula menjadi penyakit?

ingatlah !
berjuta jiwa masih teguh berdiri,
tidak akan luput semangat perjuangan ini,
biar lelaki seragam bercota mengurung jasad ini,
jiwa kami tetap teguh bersama hingga akhir nanti,
biar palang besi menjadi destinasi,
suara rakyat masih teguh berdiri.

Ingin kupesan agar kau ingat,
perjuangan ini tidak akan mati
kerana kami disini masih menanti.

Langit bebas masih dinanti.

#ditinta oleh M.A.S


Sekian saja,
nikmati puisi itu..
Assalamualaikum w.b.t...


p/s : semangat perjuangan takkan mati

Tuesday, 21 May 2013

Cash Out 8Share 1st time

Assalamualaikum w.b.t


dah dapat email, duit dah masuk bank


Wah, berita baik hari ni,
buat kali pertama Syn akan cash out duit kat 8share...
alah, yang hari tu Syn ajar buat duit tuh,
korang tak nak percaya lagi?
ni Syn dah nak cash out dah,
cash out sikit je, RM80 je.. biar baki dalam akaun 8share banyak sikit..
huh, ambil masa seminggu jugak lah nak masuk dalam akaun bank..
sebab nak verified lagi, lepas tu baru masuk dalam bank...
btw, tu je nak bagitahu...
so, kepada sesapa nak buat duit macam Syn jugak..
baca tutorial di bawah ni...


dan klik link ni.. --> http://bit.ly/17DJ7R1

alang2 Syn dh tolong tu,
peeliss klik link bwh ni boleh? 



okelah, sampa situ saja post Syn kali ini..

sekian, Assalamualaikum w.b.t

Friday, 17 May 2013

Universiti !

Assalamualaikum w.b.t

Aha, semalam, 17 Mei 2013, hari yang ditunggu2 oleh semua lepasan SPM 2012,
Keputusan UPU dah keluar, 
hmm, ada yang sukacita, ada juga yang dukacita,
ada yang dapat pilihan yang diorang betul2 nak,
ada jugak yang dapat pilihan yang bukan diorang nak,
tapi yang lagi sedih, ada yang tak dapat terus...
so, sekarang ni, masing2 akan mulakan hidup baru, alam baru,
takpe, mungkin SPM dulu tak bagus, tapi kali ni kena cuba lagi okeh...

okeh, Syn dapat diploma Pengajian Perniagaan di UiTM,
hmm, yang Syn nak Asasi Kejuruteraan UiTM, 
takpelah, takde rezeki kat situ kan..
tengok screenshot kat bawah ni..


Syn pon dapat jugak tawaran Foundation in Science & Technology (engineering) kt Kolej Mara Kuala Nerang, under UniKL, tapi rasanya tak pergi sana,
Syn nak pergi German Malaysian Institute untuk Diploma in Network & Security,
memang minat tu, even Syn tak minat diploma, tapi terpaksa lah jugak,
SPM tanak study betol2, kihkihkih,
takpe, kt GMI, lepas diploma, boleh fly, kalau pointer bagus, ala, 3 tahun jee..

okeyh, apa2 pun, gudluck kepada kawan2 semua,
jangan putus asa, kejayaan di mana2..
jumpa lagi di universiti... :)

sekian, 
Assalamualaikum w.b.t


Thursday, 16 May 2013

Dialah Insan Bergelar Guru

Assalamualaikum w.b.t
sempena 16 Mei, iaitu hari guru..
Syn dah buat satu puisi khas untuk guru2...
sori yer cikgu2 kalau tak sedap...




DIALAH INSAN BERGELAR GURU

tanpamu, bisakah aku berdiri hari ini?
hadirmu ibarat cahaya, menerangi hati nurani,
mengajar kami apa itu erti sebuah kehidupan,
mendidik kami akan makna kecemerlangan,

siang harimu, panas mentari tidak meluntur semangat,
seribu batu dikau tempuhi, tidak termamah kudrat,
tanpamu, bisakah aku menintakan puisi ini?
tanpamu, pemimpin mana yang akan meneraju pertiwi?

kenakalan tidak menjadi satu beban,
terus mendidik untuk kami maju ke hadapan,
bait bicaramu penuh erti,

siapakah aku hari ini?
jika tiadamu yang menerangi,
jalan hidupku yang penuh berliku,

bukan kecil pengorbanan seorang pejuang anak bangsa,
pernahkah kau selami?
jiwa seorang ibu yang berkorban harta dan bahagia,
hanya untuk melihat kejayaan anak bangsa..
pernahkah kau rasai?
kasih seorang ayah yang memaksa kudrat,
kerna ingin bangsa berdaulat..

kita hanya tahu merungut,
tika dimarah kita mencebik,
namun pada hati insan ini,
dendam tidak langsung pernah terbit...

demi menjulang martabat negara,
demi maruah anak bangsa,
sanggup dikorban harta dan masa,
kita dididik sepenuh jiwa...

itulah dia,
seorang insan yang bergelar GURU...


p/s: dicipta khas oleh syn akmal...
SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum w.b.t, sekian

Monday, 13 May 2013

Pesanan Buat Pejuang

Assalamualaikum w.b.t

hah, banyak sungguh Syn berkarya kan..
ni ada lagi satu, dengarkanlah



Pesanan Buat Pejuang

wahai si pejuang keadilan
hari-hari mu penuh dengan onak dan duri
detik-detik mu penuh dengan caci dan maki
namun kau tahan demi perjuangan REFORMASI !!

namun, INGATLAH wahai pejuang
jangan sekali kau merasa bangga diri
usah sedetik kau alpa akan perjuangan ini
jangan secubit kau ambil harta rakyatmu
jangan sekali kau tindas orangmu
jangan terlintas untuk cabuli amanah yang diberi

INGAT!

kami menyokong kata-kata mu
kami berjuang bersamamu
bukan kerana namamu Anwar Ibrahim
bukan kerana namamu Lim Guen Eng
bukan kerana namamu Mat Sabu
tapi kerana perjuangan yang menjadi sebati dalam hidupmu
kerana semangat kamu membela keadilan rakyat
jika kau tinggal dan ingkar akan perjuangan itu
nescaya engkau tidak lebih sebagai keparat di mata kami

INGATLAH PEJUANG!!

jikalau pertiwi ini kau gugat
harta rakyat kau rakus
jiwa kami kau tindas
dalam penjara akan kami humbat
suara rakyat menjadi hakim
keadilan akan kami tegakkan

usah fikir hanya kerana kamu pejuang
bisa menindas dengan sewenang
hanya kerana gilakan wang
sanggup engkau menjadi petualang

masih banyak jiwa yang bisa mengganti
anda perjuangan bagimu sudah tidak ada erti
andai haloba akan kekayaan duniawi
hingga rakyat engkau lempar ke tepi


INGATLAH PEJUANG!!

ini pesan kami penerus REFORMASI
demi perjuangan yang suci
janganlah engkau lupakan diri 
kamu hidup bukannya abadi
kerana nafasmu pasti kan terhenti
bakal dinilai di depan Ilahi
jadilah pemimpin kami
duniawi dan ukhrawi


INGATLAH



ini pesanan buat pejuang



TAKBIR!!!



-M.A.S-



p/s ini pesanan ikhlas buat pejuang 

Dialah, Si Pejuang Reformasi




Dialah, Si Pejuang Reformasi

pernahkah anda rasa
seksanya berada di dalam penjara
8tahun menanggung derita
hanya kerana rakyat ingin dibela
makan dilempar begitu hina
tubuh dipukul tanpa insan seorang manusia


pernahkan anda rasa

cinta seorang isteri yang terhalang
pada lelaki di sebalik palang besi
rindu seorang anak 
kepada bapa di dalam tembok penuh kawat berduri


pernahkah anda selami

perasaan seorang isteri kehilangan cinta seorang suami
tangisan anak kecil hilang kasih seorang bapa
bukan kerana hilangnya jasad seorang bapa
tapi kerana sebuah perjuangan REFORMASI


pernahkah anda lihat

seorang pejuang dihina dicaci
namun tetap teguh berdiri
tidak takut kepada jari-jari kroni
kerana takutnya kepada Ilahi
biar dicaci di kaca-kaca tv
namun rakyat menyokong tak belah bahagi


pernahkah anda selami

sebuah jiwa yang kental
tidak pernah mengalah biar tewas seribu kali
sebuah jiwa yang tidak tahu apa itu putus asa
hanya perjuangan yang suci menabur bakti
demi rakyat dan ibu pertiwi

jasad saya boleh dipenjara
tetapi jiwa saya tetap merdeka
itulah dia kata-kata seorang pemuda
yang tidak pernah kenal erti putus asa

cukuplah!
sudahlah!
hentikanlah!

penghinaan keatas jasad yang makin tua ini
jasad yang penuh keringat tumpah
hanya untuk keadilan dan reformasi
jiwa yang tetap tabah
walau jarum fitnah ditusuk bagai duri-duri tajam
biar dipukul separuh mati
namun dia tetap berani

siapakah insan mulia ini?

Anwar bin Ibrahim nama diberi
menjadi pejuang keadilan kepada rakyat
membangkit gelombang reformasi
menentang petualang bangsa sendiri

jika takut dengan risiko
usah bicara soal perjuangan
itu slogan hidup seorang pejuang
laungan reformasi bergema gempita di angkasa
rakyat sedar siapakah dia ini


dialah Dato' Seri

si pejuang REFORMASI!!!


p/s : puisi ini khas ditintakan untuk pejuang reformasi kita, 

Dato' Seri Anwar Ibrahim, moga anda terus tabah...

Suara Rakyat Suara Keramat



SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT 


gempita hitam memenuh ruang,
sorakan keramat menembus angkasa
hitam bukan bermakna gagak yang jahat
bukan bermakna hati yang gelap

tapi hitam berlumur arang
sanggup berhimipit-himpit
demi kesejahteraan semua orang
demi keharmonian cucu dan cicit
menolak si gergasi yang menindas
membangkang penimbang yang sudah rosak

di atas hamparan reformasi kita bersatu,
semua kaum bagaikan satu,
bukan untuk mengingkar durja,
tapi rindukan demokrasi yang mulia,
yang bebas dari segala tipu yang hina...

demi menjulang martabat bangsa,
demi mengibar panji kebenaran,
demi maruah agama dan negara,
sanggup direnangi seribu lautan,

gelora rakyat membadai hari,
suara rakyat kini dinafi,
namun kalian harus ingat!
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!

-M.A.S-

Puisi ini juga khas dicipta buat pejuang Reformasi kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim
dan juga rakan-rakan pejuang yang lain..

Friday, 10 May 2013

Keputusan PRU 13

Assalamualaikm w.b.t

Tanggal 5 Mei 2013, 
Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia telah diadakan,
dan keputusannya, Barisan Nasional kela sebagai kerajaan di Parlimen,
di sini Syn nak post result PRU13, even dh lambat..kihkih..
buzy sikit berkempen...

Untuk kerusi PARLIMEN, 
Barisan Nasional telah menang sebanyak 133 daripada 222 kerusi,
manakala Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS,PKR & DAP menang 89 kerusi,
manakala Bebas gagal memenangi sebarang kerusi di Parlimen..
ini bermakna BN sekali lagi menjadi kerajaan untuk penggal ke 13...



Ini pula untuk kerusi negeri,
BN telah merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat,
dan mengekalkan negeri lain,
Ini bermakna, hanya Pulau Pinang, Kelantan, dan Selangor yang kekal di bawah Pakatan Rakyat,
persaingan yang paling sengit adalah di Terengganu, di mana BN menang hanya majoriti 2 kerusi,
manakala DAP dan Pakatan Rakyat telah menang besar di Penang dengan menawan 30 daripada 40 kerusi..


Disebabkan Pakatan Rakyat telah tewas di Kedah,
maka Mukhriz Mahathir telah menjadi MB yang baru, menggantikan YB Ustaz Azizan,
di mana juga Ustaz Azizan baru sja selesai pembedahan memotong kaki, akibat jangkitan virus..


CM Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai MB di Penang & Selangor....


sekian saja, cukup lah sampai sini...

Assslamualaikum w.b.t


Thursday, 9 May 2013

PRU 13 is OVER

Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya PRU 13 dah habis,
kemenangan kepada Barisan Nasional,
BN sekali lagi meneruskan tugas sebagai kerajaan untuk penggal ke 13,
tahniah diucapkan, semoga negara kekal makmur,

Serius PRU kali ni sangat berbeza,
sebelum ni tentangan daripada pembangkang tidak begitu kuat,
namun kali ini, dilihat ada persaingan antara BN dan Pakatan Rakyat...



Namun, ada juga berita yang tak sedap didengar,
BN menang kerana banyak penipuan berlaku,
Dakwat tidak kekal, pengundi hantu, undian berganda, dan juga penipuan semasa pengiraan undi,
Hmm, macam2 lah cerita yang kita dengar,
Takpe, sekarang Pakatan Rakyat tengah berusaha untuk mengesan penipuan,
Bukannya tak puas hati sebab kalah,
namun, mahu membanteras penipuan,

Ini kerana ada beberapa tempat (16) yang BLACKOUT semama pengiraan undi,
terdapat juga segelintir pihak yang mendakwa terdapat cubaan membawa masuk undi lain,
Kerana banyak tempat yang PR dah menang, tiba2 lepas blackout, KALAH..
hmm, kita tak tahu kebenarannya,
biarlah mereka terus siasat, 
Kita hanya boleh terus berdoa agar kebenaran itu menang akhirnya...




#REFORMASI!!!