Monday, 13 May 2013

Pesanan Buat Pejuang

Assalamualaikum w.b.t

hah, banyak sungguh Syn berkarya kan..
ni ada lagi satu, dengarkanlah



Pesanan Buat Pejuang

wahai si pejuang keadilan
hari-hari mu penuh dengan onak dan duri
detik-detik mu penuh dengan caci dan maki
namun kau tahan demi perjuangan REFORMASI !!

namun, INGATLAH wahai pejuang
jangan sekali kau merasa bangga diri
usah sedetik kau alpa akan perjuangan ini
jangan secubit kau ambil harta rakyatmu
jangan sekali kau tindas orangmu
jangan terlintas untuk cabuli amanah yang diberi

INGAT!

kami menyokong kata-kata mu
kami berjuang bersamamu
bukan kerana namamu Anwar Ibrahim
bukan kerana namamu Lim Guen Eng
bukan kerana namamu Mat Sabu
tapi kerana perjuangan yang menjadi sebati dalam hidupmu
kerana semangat kamu membela keadilan rakyat
jika kau tinggal dan ingkar akan perjuangan itu
nescaya engkau tidak lebih sebagai keparat di mata kami

INGATLAH PEJUANG!!

jikalau pertiwi ini kau gugat
harta rakyat kau rakus
jiwa kami kau tindas
dalam penjara akan kami humbat
suara rakyat menjadi hakim
keadilan akan kami tegakkan

usah fikir hanya kerana kamu pejuang
bisa menindas dengan sewenang
hanya kerana gilakan wang
sanggup engkau menjadi petualang

masih banyak jiwa yang bisa mengganti
anda perjuangan bagimu sudah tidak ada erti
andai haloba akan kekayaan duniawi
hingga rakyat engkau lempar ke tepi


INGATLAH PEJUANG!!

ini pesan kami penerus REFORMASI
demi perjuangan yang suci
janganlah engkau lupakan diri 
kamu hidup bukannya abadi
kerana nafasmu pasti kan terhenti
bakal dinilai di depan Ilahi
jadilah pemimpin kami
duniawi dan ukhrawi


INGATLAH



ini pesanan buat pejuang



TAKBIR!!!



-M.A.S-



p/s ini pesanan ikhlas buat pejuang 

2 comments:

  1. Assalamualaikum .... terbaikk bro....LAWAN TETAP LAWAN

    ReplyDelete