Assalamualaikum w.b.t,
salam sejahtera...
Hari ni Syn nak sentuh sikit bab hudud,
seperti mana yang kita tahu, PAS cuba untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia,
yang mana sebelum ini ditentang keras oleh pemimpin-pemimpin UMNO...
Oke, di sini Syn ada cerita sikit apa itu hudud,
silakan membaca :)
Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam
Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah
syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah
apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud,
qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.
Hukuman Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah
ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud
ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya
atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di
dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan
oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar
aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Baqarah, 2:229).
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan
hukuman hudud ialah:
a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan
tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu
membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan
keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan
sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara
sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya
dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari
agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan
i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang
atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau
menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan
umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan
syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
Hukuman Qisas
Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman
hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an
dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa
dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas
dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan
hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah
satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.
Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke
atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara
orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan
salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan
hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut
jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka
di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata
dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah
dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka
menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)
sumber: http://www.al-azim.com
Bawah ni ada komen-komen masyarakat Cina tentang hudud,
Komen-komen ni Syn ambil daripada facebook,
Syn print screen kan je semua tu,
ni semua adalah beberapa pandangan masyarakat Cina bukan Islam mengenai hudud,
seharusnya kita malu, sebagai Melayu Islam, tetapi ada yang menolak hudud,
sesungguhnya hukum yang dibuat Allah itu amatlah baik...
semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat..
Sekian saja entry untuk kali ini...
Sekian, terima kasih....
Assalamualaikum w.b.t
p/s: ALLAHUAKBAR
tolong klik link-link kat bawah ni boleh tak, tolong Syn ok..


hi hi Syn .
ReplyDeletenak tanye , memandangkan masalah LGBT yang meningkat dengan agak mendadak di Malaysia , apekah mungkin ade hukum hudud untuk pesalah yang melakukan liwat , musahaqqah atau dengan haiwan ni ? mohon penjelasan di facebook ! ^^
ade....buleh rujuk ustaz2 yang arif dalam bidang undang2 syariah....sbb zaman dulu lagi masalah ni ade,zaman nabi sbgi penyelesai dan bila pmrnthn islam yng SEBENAR hilang,maka timbul semula perkara ini...bebas!!!
Deletethnxs kerana bertanya...maaf saya pun bukanlah seorang ulama atau ustaz..tp setakat mana sya tahu sya akan tolong..msalah ini semua mmg dh ada dr zmn dlu..so, dlm hukum hudud..bkn hnya kpd zina..tp smua aspek.. smua aspek kehidupan..kerana Islam d dirangka oleh Allah amat sempurna..
Deletebetol ap yng saudara post tu...Islam sbnrnya tidak zalim,malah apabila berlaku jenayah,dan hudud nak laksana,mesti menepati syarat2 dahulu...syarat hudud nak laksana amat ketat dan teliti,jika salah satu syarat didapati syubhah( ragu2) sekalipun,hukuman hudud tidak dilaksanakan...boleh rujuk dalm kitab2 dan pakar2 dalam undang2 syariah...itu membuktikan bahawa islam tidak suka menghukum sewenang-wenangnya..gehee
ReplyDeleteyup..hudud bukannya cara primitif atau kampung seperti yg masyarakat fikir..dpt org curi, terus bwk tengah kampung...tp kita ada mahkamah syariah..dan itulah fungsinya... kita ikut mcm Rasulullah S.A.W..baginda sndiri akan mengadili..jd, hudud ni x kejam..dan ada syarat2nya..
Deleteassalammualaikum ,
ReplyDeletesetengah mengatakan ini kali lah (inni kalillah = bermaksud aku ada tuhan) , betul ker ?
walaikumsala, saya pun ada dengar..tp tu dalam bahasa arab..kita tak boleh samakan bahasa kita dgn org lain..kerana maksudnya berbeza..ia brgntung pd maksud.. mcm juga perkataan but*h, dlm indon=perlu..dlm melayu? so, yg ontg adalah maksud..ini kali lah rasanya awak paham kan dlm melayu apa...
Delete