Thursday, 16 May 2013

Dialah Insan Bergelar Guru

Assalamualaikum w.b.t
sempena 16 Mei, iaitu hari guru..
Syn dah buat satu puisi khas untuk guru2...
sori yer cikgu2 kalau tak sedap...




DIALAH INSAN BERGELAR GURU

tanpamu, bisakah aku berdiri hari ini?
hadirmu ibarat cahaya, menerangi hati nurani,
mengajar kami apa itu erti sebuah kehidupan,
mendidik kami akan makna kecemerlangan,

siang harimu, panas mentari tidak meluntur semangat,
seribu batu dikau tempuhi, tidak termamah kudrat,
tanpamu, bisakah aku menintakan puisi ini?
tanpamu, pemimpin mana yang akan meneraju pertiwi?

kenakalan tidak menjadi satu beban,
terus mendidik untuk kami maju ke hadapan,
bait bicaramu penuh erti,

siapakah aku hari ini?
jika tiadamu yang menerangi,
jalan hidupku yang penuh berliku,

bukan kecil pengorbanan seorang pejuang anak bangsa,
pernahkah kau selami?
jiwa seorang ibu yang berkorban harta dan bahagia,
hanya untuk melihat kejayaan anak bangsa..
pernahkah kau rasai?
kasih seorang ayah yang memaksa kudrat,
kerna ingin bangsa berdaulat..

kita hanya tahu merungut,
tika dimarah kita mencebik,
namun pada hati insan ini,
dendam tidak langsung pernah terbit...

demi menjulang martabat negara,
demi maruah anak bangsa,
sanggup dikorban harta dan masa,
kita dididik sepenuh jiwa...

itulah dia,
seorang insan yang bergelar GURU...


p/s: dicipta khas oleh syn akmal...
SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum w.b.t, sekian

6 comments:

  1. Replies
    1. hmmm...kesian..xde lah..aku dpt A solid je..hmm..bru igt nk 4A+..haha

      Delete
  2. sekolah mana ye?
    indah sungguh penggunaan bahasa ibundanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bnyk2 :) hargai jasa guru..
      saya lepasan SPM 2012,
      Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa, sg.petani kedah

      Delete