Dialah, Si Pejuang Reformasi
pernahkah anda rasa
seksanya berada di dalam penjara
8tahun menanggung derita
hanya kerana rakyat ingin dibela
makan dilempar begitu hina
tubuh dipukul tanpa insan seorang manusia
pernahkan anda rasa
cinta seorang isteri yang terhalang
pada lelaki di sebalik palang besi
rindu seorang anak
kepada bapa di dalam tembok penuh kawat berduri
pernahkah anda selami
perasaan seorang isteri kehilangan cinta seorang suami
tangisan anak kecil hilang kasih seorang bapa
bukan kerana hilangnya jasad seorang bapa
tapi kerana sebuah perjuangan REFORMASI
pernahkah anda lihat
seorang pejuang dihina dicaci
namun tetap teguh berdiri
tidak takut kepada jari-jari kroni
kerana takutnya kepada Ilahi
biar dicaci di kaca-kaca tv
namun rakyat menyokong tak belah bahagi
pernahkah anda selami
sebuah jiwa yang kental
tidak pernah mengalah biar tewas seribu kali
sebuah jiwa yang tidak tahu apa itu putus asa
hanya perjuangan yang suci menabur bakti
demi rakyat dan ibu pertiwi
jasad saya boleh dipenjara
tetapi jiwa saya tetap merdeka
itulah dia kata-kata seorang pemuda
yang tidak pernah kenal erti putus asa
cukuplah!
sudahlah!
hentikanlah!
penghinaan keatas jasad yang makin tua ini
jasad yang penuh keringat tumpah
hanya untuk keadilan dan reformasi
jiwa yang tetap tabah
walau jarum fitnah ditusuk bagai duri-duri tajam
biar dipukul separuh mati
namun dia tetap berani
siapakah insan mulia ini?
Anwar bin Ibrahim nama diberi
menjadi pejuang keadilan kepada rakyat
membangkit gelombang reformasi
menentang petualang bangsa sendiri
jika takut dengan risiko
usah bicara soal perjuangan
itu slogan hidup seorang pejuang
laungan reformasi bergema gempita di angkasa
rakyat sedar siapakah dia ini
dialah Dato' Seri
si pejuang REFORMASI!!!
p/s : puisi ini khas ditintakan untuk pejuang reformasi kita,
Dato' Seri Anwar Ibrahim, moga anda terus tabah...

Assalamualaikum...
ReplyDeletethumbs up!sajak yang sangat bagus dan menyentuh perasaan :)
tapi,aku tak setuju rangkap ketiga,baris ketiga.."bukan kerana menyambut seruan ILAHI" orang yang tak faham bahasa dan tak pandai tengok mana kaca mana permata akan salah ertikan maksud baris ini seperti, Dato' Seri Anwar bukannya berjuang atas jalan ALLAH!something like that laa better tukar macam,"bukan kerana kasihnya mati" or "mungkin dia tiada di sini" or apa2 yg kau nak maksudkan laa.
Hanya memberi pendapat.Maaf jika terlampau :)
hehe..cadangan yg bgus.. :) maybe kna ubah..ye lah...mybe ada bngsa2 lain, or org melayu sndiri tgk...tp bukan smua paham, dan mendalami :) thnxs anyway
Deletemaaf, saya telah mengubah sedikit puisi ini, kerana takut ada yang salah tafsir..hany mengubah satu baris ayat.. :)
ReplyDeletecool like that,bro :)
Delete